KISAH ORANG TUA DENGAN KUCING





Pada suatu hari, ada seorang orang tua yang tengah duduk di tepi sungai. Lalu, dia melihat seekor kucing yang terjatuh.

Tanpa membuang masa, dia bergegas menyelamatkan kucing tersebut daripada lemas. 

Tapi malangnya dia telah dicakar oleh kucing tersebut. Dia mengalihkan tangannya seketika disebabkan kesakitan. 

Seminit kemudian, dia mencuba selamatkan kucing tersebut buat kali kedua. Sekali lagi, dia dicakar buat kali kedua. Dia alihkan tangan sekali lagi kerana merasakan sakit. 

Dia tidak berputus asa. Dia buat kali  yang ketiga untuk menyelamatkan lagi kucing tersebut. 

Tiba-tiba datang seorang pemuda hampir kepadanya.

"Wahai orang tua, adakah kamu tidak belajar daripada kesilapan buat kali pertama bahkan kali kedua juga. Dan sekarang kamu nak selamatkan kucing tersebut buat kali ketiga?" soal pemuda tersebut.

Orang tua tersebut tidak menjawab persoalan tersebut dan terus mencuba menyelamatkan kucing tersebut. Akhirnya, orang tua tersebut berjaya menyelamatkan kucing tersebut.

Orang tua tersebut datang ke arah pemuda tersebut. 

"Wahai anak, memang sifat kucing itu mencakar. Dan menjadi sifatku untuk menyelamatkan kucing tersebut. Menunjukkan ada simpati dan belas kasihan. Kenapa kamu mahu sifat kucing tersebut mengatasi sifat diriku?" soal pemuda tersebut.

Pemuda itu hanya mendiamkan dirinya disebabkan dia tidak tahu untuk membalas apa.

"Anak, layan orang mengikut sifat kamu dan bukannya sifat mereka. Tak kisahlah mereka macam mana. Tak kisahlah betapa sakitnya mereka sakiti hati kamu. Dan jangan pernah dengar orang yang menyuruh kamu untuk tinggalkan perkara yang baik. Mungkin mereka tidak berhak terhadap tindakan baik kamu. Jangan pernah rasa menyesal dengan keadaan dimana kamu memberikan kebahagiaan kepada orang lain. Walaupun orang tersebut tidak layak merasakannya. Kamu ketahuilah bahawa kita ada Allah SWT yang memberikan ganjaran baik dengan baik," jawab orang tua tersebut. 

Pemuda tersebut tidak menjawab apa-apa kerana merasakan bahawa dirinya telah salah. 

Lalu orang tua tersebut membacakan ayat-ayat Al-Quran daripada surah Al-Rahman ayat 60. 

"Adakah apa-apa untuk kebaikan?"

Kesimpulan cerita

Pernah buat sesuatu kebaikan kepada orang lain lalu kita menerima balasan yang menyakitkan hati? Mesti sakit kan. 

Tapi, apabila orang sakitkan kita. Apa yang perlu kita buat? 

Kita balas dengan kebaikan. Mungkin orang lain akan lihat perkara itu seolah-olah seperti kita tidak mengambil pengajaran apa yang terhadap apa yang kita lakukan. 

Tapi ingatlah, disetiap perkara baik pasti ada ganjarannya daripada Allah SWT. Maka, balaslah kebaikan dengan kebaikan. 

Semoga cerita ini memberikan manfaat. 



Comments

Popular Posts