TURNING POINT DALAM KEHIDUPAN


Turning Point?
'Eh, nak ajar Addmath ke apa?' bisik hati. 

Mungkin bagi pelajar yang mengambil jurusan sains sangat mengenali ayat ini. Tetapi, apa yang kita boleh belajar disebalik ayat Turning Point ini?

Setiap perjalanan hidup, kita sendiri yang atur. Sama ada kau memilih ke arah kebaikan atau sebaliknya. 

Terkadang ada orang yang pada mulanya berada pada perjalanan yang betul. Tetapi, tatkala sampai di Turning Point. Dia memilih untuk perjalanan yang salah kerana merasakan perjalanan tersebut hanya sia-sia dan tidak mendapat apa yang diinginkan. Kurangnya bersabar, tidak yakin atau kekecewaan yang berlaku disepanjang perjalanan itu menjadi kunci kepada Turning Point kehidupan berubah. 

Tidak semua yang kita mahukan. Kita akan dapat. Jika semua perkara kita dapat dengan sekelip mata, itu bukannya kehidupan. 

Sentiasa pesan dihati, 
"Jika tidak dapat apa yang kita inginkan. Tidak menggapa. Tetapi, jangan biar hati kita berbolak balik dengan satu ujian yang mampu mengugat pendirian diri"

Kehidupan ini tidak dinilai bagaimana permulaannya tetapi pengakhirannya. Dan bagaimana pengakhirannya itu baik? Jawapannya ada pada Turning Point kehidupan kau sendiri.



Comments

Popular Posts