KEMBARA MENCARI TUHAN
Tercetusnya Kembara mencari Tuhan, ketika mana aku duduk di batu-batuan pantai. Tiba-tiba air mata mengalir.
Entah kenapa. Perasaan itu lain macam.
Aku merasakan apa yang aku buat selama ini tidak membuatku rasa gembira, tidak senang serta aku merasakan diriku kosong.
Aku memandang langit. Aku merasakan kekosongan ini terjadi disebabkan aku tidak berusaha dalam mengenal Tuhan.
Buat je apa yang Allah suruh.
Tapi aku gagal memahami suruhan tersebut.
Jadi, Kembara mencari Tuhan ini aku buat untuk aku memerhati sesuatu untuk memenuhi hati yang kosong hati ini lalu aku nukilkan ia dalam bentuk penulisan untuk memberikan manfaat kepada orang lain.
Semoga Kembara mencari Tuhan ini membawa kepada pencarian kebahagiaan yang hakiki.
Amin.



Comments
Post a Comment