TIGA NASIHAT RASULULLAH YANG MENGEGARKAN JIWA
Disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad, Sunan Ibnu Majah dan yang lainnya, dari hadis Abu Ayub al Anshari R.A bahawa ada seorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata, “Beri aku nasihat singkat”. Nabi SAW bersabda,
“Jika kamu hendak melaksanakan solat, solatlah seperti solat yang terakhir, jangan mengatakan sesuatu yang membuatmu meminta maaf di kemudian hari dan kumpulkan keputus-asaan terhadap apa yang ada pada manusia."
KETERANGAN HADIS
Jika kamu hendak melaksanakan solat, solatlah seperti solat yang terakhir
Analogi ia mudah,
Sebelum kita tidur, kita pasti akan membaca doa tidur.
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan mati.
Doa selepas bangun tidur, kita akan membaca doa bangun.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit.
Apabila kita sedang tidur, kita sedang dalam keadaan mati. Allah SWT ambil roh kita. Tapi bagaimana jika Allah SWT tidak membangunkan kita? Pasti solat yang tadi adalah solat yang terakhir kita.
Nasihat Nabi itu sangat mudah untuk difahami. Bahkan ia solat seperti merasakan ia adalah terakhir akan menambahkan kekhusyukkan kita dalam solat. Kalau kita tak fikir solat itu adalah solat terakhir. Kita pasti akan berfikir bermacam-macam tentang hal keduniaan.
Jangan mengatakan sesuatu yang membuatmu meminta maaf di kemudian hari
"...mengatakan sesuatu yang membuatmu meminta maaf di kemudian hari"
Nabi SAW tidak mahu selepas kita cakap sesuatu yang menyakiti kepada seseorang. Lalu, kita cakap dengan diri.
'Esok je la aku minta maaf. Tak apa-apa juga. Member hati kental"
Kita tidak tahu apa yang seseorang itu rasa. Mungkin sakit hati dll. Mungkin akan putus kawan, putus tunang, cerai dan sebagainya.
Jadi, kalau kita salah cakap.
Minta maaf cepat-cepat. Segerakan minta maaf.
Bayangkan, kita cakap sesuatu, lalu esoknya orang tersebut meninggal dunia. Adakah kita tidak berasa salah? Fikirkan.
Apabila sesuatu itu masih dalam mulut kita, ia masih dalam penguasaan kita. Apabila ia terkeluar, ia bukan diluar kawalan kita dan kita perlu menangung risiko terhadap perkara tersebut.
Nabi SAW pernah berpesan kepada Mu’adz R.A
“Mahukah aku khabarkan kepadamu tentang kunci semua perkara itu?”
“Ya Rasulullah ” Jawab Mu’adz.
Kemudian Rasulullah memegang lisan beliau seraya bersabda, “Jagalah ini.”
Aku bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kita akan diseksa juga kerana ucapan kita?”
Nabi menjawab,
“Bukankah yang menyebabkan seseorang terjungkal wajahnya di neraka itu tidak lain karena buah dari ucapan lisan-lisan mereka?”
(HR. Tirmidzi no. 2616. Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan sahih)
Kumpulkan keputus-asaan terhadap apa yang ada pada manusia
Maksudnya, jangan gantungkan harapan pada manusia tetapi jadikanlah pengharapanmu sepenuhnya kepada Allah SWT.
Kalau lisan, kita tidak pernah berdoa selain Allah. Maka, begitu juga sikap kita.
Setiap perkara yang kita lakukan, letak pengharapan itu kepada Allah SWT. Kita tidak akan merasa menyesal.
Siapa yang meletakkan pengharapan terhadap apa yang di tangan manusia, maka hidupnya mulia,
Siapa yang hatinya bergantung kepada kekayaan manusia, maka hidupnya hina,
Barangsiapa yang menggantungkan hatinya hanya kepada Allah, tidak mengharap kecuali kepada Allah, tidak meminta hajatnya kecuali kepada Allah, tidak bertawakkal kecuali hanya kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan segala keperluan di dunia dan akhiratnya.
Firman Allah SWT dalam surah At Talaq ayat 3 yang bermaksud
"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya"
Semoga tiga nasihat ini dapat kita amalkan. Ini kerana ketiga-tiga nasihat ini amat rapat dengan kehidupan kita. Semoga Allah memberikan limpahan rahmat kepada kita dalam membentuk diri menjadi orang yang beriman kepada Allah SWT.



Comments
Post a Comment