PENGEMBARAAN 01 : PERMULAAN
Tepat masuk waktu solat magrib tadi, aku mulai pengembaranku untuk mencari sesuatu apa yang aku inginkan. Ini bukan mengembara pergi luar negara atau negeri tetapi ia cuma pengembaraan mencari satu erti.
Mungkin dapat,
Mungkin juga tidak,
Tetapi, selagi mana aku tidak mencuba untuk melakukannya. Aku tidak pasti aku akan dapat jawapan yang aku inginkan.
Walau bagaimanapunn aku belum merancang apa-apa untuk pengembaraan ini tetapi aku follow the flow. Mungkin lebih baik jika aku buat secara spontan sahaja.
Sepanjang pengembaraan ini, aku akan lebih banyak bergerak berseorangan. Ini kerana aku akan dapat perasaan untuk dekat dengan Tuhan.
Jadi, setiap pengembaraanku, aku akan nukilkan ia dalam bentuk penulisan dan kemungkinan juga dalam bentuk video. Cumanya, setakat ini aku hanya merancang nukilkan ia dalam bentuk penulisan sahaja.
Akhirul kalam, doakan agar pengembaraan ini berjaya aku lakukan dan aku buat ini bukan setakat untuk diriku tetapi pengembaraan ini juga adalah untuk perkongsian buat para pembaca dariku.
“The fear of death follows from the fear of life. A man who lives fully is prepared to die at any time.” - Mark Twain



Comments
Post a Comment